Pilih Jenama Kegemaran Anda

Tuesday, November 9, 2010

Panduan membeli alat ganti (spare-part) kereta


Salam pembaca sekalian, kali ni saya nak berkonngsi info yang saya dapat dari rakan-rakan berkenaan pembelian sparepart kereta dari bengkel2 servis kereta atau kedai spaperpart yang banyak terdapat diluar sana. Perkara yang paling penting adalah bagaimanakah cara untuk kita mengenali barangan tu tiruan ataupun original...

Berikut adalah 5 grade sparepart yang terdapat di pasaran :

Gred 1 : Adalah sparepart yang Original biasanya di buat dan diimport dari Jepun, UK, Germany.. mengikut Jenama kereta kitalah. Harga biasanya yang termahal tetapi berkualiti dan mempunyai warranty dari syarikat pengeluar itu sendiri.
Gred 2 : adalah sparepart original yang dibuat atau di import dari negara yang bukan pengeluar kereta tersebut tetapi dibawah lesen pengeluar. Biasasnya dibuat di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Harganya murah sedikit berbanding dengan Grade 1 tetapi berkualiti dan ada warranty dari kedai sparepart.
Gred 3 : adalah sparepart tiruan sepenuhnya yang biasanya dibuat di Taiwan, China, Malaysia dan juga Thailand. Harganya sangat murah dan kualitinya sukar diramal, kadang2 ok.. kadang tak ok..
Gred 4 : adalah spare part recon yang di recon di Malaysia. Sparepart Grade ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada enjin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti Grade 2 di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.
Gred 5 : adalah spare part secondhand (kedai potong). Biasanya datang dari negara pengeluar seperti Jepun. Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga Grade 1. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan Gred 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (Gred 1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah Gred 3. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia Gred 1 atau 2. Selepas menggunakan barangan Gred 3 selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plug tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plug recon, jangkahayatnya tidak lama.

Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antarabarangan Gred 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Kesimpulannya, sentiasalah berhati2 ketika ingin membeli sparepart kereta dan dapatkanlah pandangan dari rakan2 yang lebih arif. Belilah sparepart Gred 1 dan 2. Jangan biarkan perbezaan yang sedikit menyebabkan kita kerugian beribu2 ringgit.

wassalam

No comments:

Post a Comment

Borang Tempahan/Pertanyaan

Model yang dikehendaki Viva
Myvi
Alza
Saga
Exora
Persona
Inspira
Vios
Yaris
Altis
City
Jazz
Civic
Citra
Sutera
Name:
Alamat
Pertanyaan
Contact No
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.

Berminat membuat "partime income"!

Join saya buat marketing kereta baru.. Kalau ada rakan2 anda yang berminat membeli kereta Perodua.. just dapatkan segala dokumen yg diperlukan dan 'forward'kan kepada saya.. sekiranya segala urusan berjalan lancar.. saya akan memberikan ganjaran RM100 untuk setiap kereta yg berjaya di 'deliver' kepada pembeli tersebut.... Mudah bukan... Marilah bersama meningkatkan ekonomi kita...







Wassalam